Make your own free website on Tripod.com
 

PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU (Bahagian 3)

Assamu'alaikum wm.wbt

2. POLITIK

Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal Kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan-Melayu dengan tujuan menghalang PAS memenangi pilihan raya. Malangnya bila setengah kawasan ramai pengundi bukan-Melayu, maka ia menyulitkan pula calon-calon bukan-Melayu BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. Untuk menyelamatkan keadaan bagi memastikan ada wakil bukan-Melayu ada di Parlimen dan ada dalam kabinet, maka kawasan majority Melayu pula diserahkan kepada calon-calon bukan-Melayu MCA dan MIC. Melayu-melayu haprak ini terus memilih calon-calon bukan-Melayu dan tidak memenangkan calon PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam. Mereka lupa terus [memang tidak mengaji pun, guru mereka hanyalah ialah TV dan kitab mereka ialah akhbar UM dan BH]. Firman Allah Surah Ali Imran: 28, al-Maidah: 138-139, dan al-Mujadah: 21 melarang orang Islam berkompromi dengan orang-orang bukan Islam kerana ia boleh mendedahkan kemurkaan Allah SWT dan merebaknya gejala murtad di kalangan umat Islam seperti yang kita alami sekarang ini. Langkah UMNO meramaikan pengundi bukan-Melayu bukan kerana sifat kemanusiaan UMNO tinggi atau politiknya yang terbuka, tetapi ia takut PAS berkuasa di Malaysia. Apabila UMNO merasa taburan pengundi mengancam pengaruhnya, maka ia membuat peraturan bagi mengubah persempadanan kawasan pilihan raya 10 setahun sekali [tetapi sebenarnya [dibolehkan] 8 tahun sahaja tidak mengikut Perlembagaan]

UMNO sekali lagi mengadakan strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi menghalang pengaruh PAS. Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini baru sahaja diluluskan oleh Parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan semula itu, negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi Parlimen langsung. Bagi negeri-negeri UMNO kuat, pertambahan kerusi berlipat ganda tidak mengikuti formula yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Sekali lagi SPR diperkudakan oleh UMNO untuk mengukuh dan mengekalkan kuasanya.

Untuk makluman semua pembaca bagaimana UMNO memperkudakan SPR dalam hal persempadanan kawasan pilihan raya ini tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. UMNO akan mengarahkan SPR mencadangkan persempadanan bagi kawasan-kawasan tertentu, itu langkah pertama. Langkah kedua, cadangan persempadanan semula itu akan diterima balik oleh Perdana Menteri [PM]. Beliau akan meneliti dan mengkaji secara mendalam dengan Biro Politik UMNO bagi memastikan pengaruh pembangkang terutama PAS dapat dilemahkan dan memastikan kepentingan dan pengaruh UMNO akan bertambah kuat melalui pertambahan kerusi Parlimen dan DUN tersebut. Apabila UMNO berpuas hati bahawa kepentingannya tidak terjejas malah semakin bertambah kuat [sekiranya cadangan itu tidak mendatangkan banyak faedah kepada UMNO, UMNO akan menolak cadangan tersebut dan UMNO akan membuat cadangan balas kepada SPR] akan dikembalikan kepada SPR. Langkah ketiga, sekali lagi SPR akan menghantar cadangan tersebut kepada PM, bila PM berpusat hati balik kepada SPR. Langkah keempat, SPR akan menyemak semula cadangan tersebut dan mengubah sedikit-sedikit [tidak akan menggugatkan UMNO] untuk menunjuk-nunjuk ia sebuah badan bebas bertindak mengikut Perlembagaan. Langkah kelima, dibentangkan di Parlimen [bersetuju atau tidak dengan ada kuasa 2/3] cadangan itu akan diluluskan. Langkah keenam, mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan langkah ketujuh persempadanan semula itu akan diwartakan dan kelapan rakyat akan menerimanya. Begitulah cara kerja SPR sebagai sebuah badan bebas.

Cuba semua pembaca kaji balik persempadanan semula yang baru diluluskan itu dan akan digunapakai pada pilihan raya ke-11 ini, kelihatan jelas persempadanan semula itu ialah untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO. Negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu tidak ditambah sebarang kerusi Parlimen dan DUN, kecuali negeri Kelantan mendapat tambahan dua kerusi DUN di Gua Musang dan di Jeli. Di negeri- negeri lain yang pengaruh PAS kuat seperti di Kedah dan Perlis tidak mendapat sebarang tambahan kerusi baik Parlimen atau kerusi DUN. Persempadanan semula itu membabitkan pertambahan kerusi Parlimen sebanyak 25 kerusi, daripada 194 menjadi 219 kerusi, manakala DUN bertambah sebanyak 63 kerusi, daripada 442 kerusi sekarang menjadi 505 kerusi. Negeri-negeri yang UMNO kuat pertambahan kerusi sangat banyak seperti di Johor 6 Parlimen dan 14 DUN, Selangor 5 Parlimen dan 6 DUN, Sabah 5 Parlimen dan 12 DUN, Pahang 3 Parlimen dan 4 DUN, Pulau Pinang 2 Parlimen dan 5 DUN, Perak 1 Parlimen 7 DUN, Negeri Sembilan 1 Parlimen 4 DUN, Melaka 1 Parlimen 3 DUN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mendapat 1 Parlimen baru dan di Sarawak kekal tidak berubah 28 Parlimen dan 62 DUN.

Dalam pada itu, di Kedah yang tidak mendapat pertambahan kerusi, pengundi-pengundi pula diubahsuai seperti yang berlaku di Parlimen Pokok Sena dan Parlimen Kuala Kedah. Persempadanan ini menjadi bukti bahawa SPR menjalankan tugas atas arahan UMNO, suara Melayu dikurangkan [kerana banyak pengaruh PAS) dan tingkatkan suara orang bukan-Melayu yang akan menyokong UMNO. Maka, dengan itu harapan UMNO dapat mengekalkan kuasa dengan undi orang bukan-Melayu seperti yang terjadi pada tahun 1999.

Dalam setiap kali pilihan raya umum dan kecil, UMNO tidak pernah sunyi daripada melakukan penipuan dan menyalahgunakan hak-hak awam. Penipuan UMNO dalam pilihan raya adalah seperti berikut:

Melalui teknik penipuan seperti yang dilaporkan oleh BUDI sebuah NGO yang membuat pemantauan pilihan raya tersebut pada tahun 1999, BUDI mendapati:

i. Laman web SPR terdapat No. KP palsu bersiri 1600001 hingga 1602000 [2000 orang membuang undi di SK Dato’ Wan Kemara, Changloon, Kedah di Parlimen Kubang Pasu dan Tunjang.
ii. 680,000 lebih tidak ada di dalam daftar pengundi [pengundi baru], tetapi sesetengahnya daripada jumlah ini di Wilayah Persekutuan KL ke pusat pengundian, nama mereka disenaraikan dan mereka boleh mengundi.
iii. Setengah nama pengundi hilang dan pengundi berkeras dan membuat bantahan, baru dikeluarkan disimpan di bawah meja.
iv. Mengundi bagi pihak orang lain.
v. Mengundi lebih daripada sekali.
vi. Rasuah tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum. Rasuah politik sudah menjadi darah daging UMNO.
vii. Undi pos pun tidak perlu dihuraikan kerana memang strategi UMNO untuk menang.
viii. Peti undi dibuka lebih awal sebelum kedua-dua belah pihak bersedia untuk membuat perkiraan.
ix. 25,875 orang yang sudah mati masih lagi ada di daftar pemilih.
x. Tidak ada rekod tarikh lahir sebanyak 4.9 juta pengundi.
xi. Pada bulan Mac 1999, terdapat seramai 100,000 orang pengundi mempunyai No. KP bertindih.
xii. Orang yang berdaftar tidak ada nama dalam daftar pemilih, tetapi orang yang tidak mendaftar ada dalam daftar pemilih.
xiii. Pendaftaran berganda yang berlaku di kalangan anggota tentera lebih daripada satu unit atau base seperti yang terdapat di Lumut, Perak, di KL dan di Labuan.
xiv. Tentera bersara masih lagi ada nama dan mengundi secara pos.
xv. Alamat tidak wujud seperti yang berlaku di Shah Alam, diberi alamat tanah perkuburan.
xvi. No. KP dimiliki oleh lebih seorang.
xvii. Nama yang terdapat di dalam daftar pemilih tidak munasabah terlalu asing nama-nama itu dalam budaya kita.
xviii. Pemindahan pengundi dibuat sesuka hati.
xix. Guna alamat orang lain.
xx. Isteri dan keluarga anggota tentera mengundi secara pos.

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-11, UMNO mempunyai strategi lain pula untuk menang iaitu mempergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi ke satu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan memenangkan calon berkenaan. Perkara ini didedahkan oleh Harakah cetak keluaran 1 – 15 Januari 2004 di mana ribuan rakyat Kedah yang umurnya dalam lingkungan 50-an hingga 60-an dibawa ke Daerah Pekan dengan alasan untuk meneroka tanah baru dan bersawah [bahan tulisan ini pernah disiarkan dalam Laman ini yang bertajuk : Imbasan Kembali- UMNO Satu Kekalutan, saya petikan balik untuk renungan saudara pembaca].

Harakah edisi cetakan keluaran 16 – 31 Januari 2004 turut memuatkan berita beribu-ribu orang [berumur di antara 21 hingga 30 tahun] telah menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal mereka ke negeri Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kebanyakan mereka menukarkan alamat ke tiga kawasan Parlimen di Kelantan, iaitu di Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Operasi ini berakhir menjelang 31.12.2003.

Harakahdaily.net pada 21 Jan 2004 melaporkan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Ramzi Abdul Rahman dikenal pasti antara mereka yang terbabit memindahkan daerah mengundi dari Kubang Batang, Wakaf Bharu ke Pergau di DUN Dabong. Sedangkan penama tersebut yang juga Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Krai dikesan bermastautin di DUN Wakaf Bharu. Selain itu, seramai 124 pemilih baru yang berasal daripada luar Kelantan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan di Daerah Mengundi Batu Hitam, DUN Bukit Panau, Tanah Merah.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat tindakan pihak tertentu yang mendaftar dan memindahkan pemilih secara salah iaitu berlawanan dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. "Ia juga tidak menepati kehendak Bahagian IV: Pendaftaran Pemilih Akta Pilihan Raya 1958 dan dengan nyata berlaku tindakan kesalahan-kesalahan pilihan raya mengikut Subseksyen 3(1) (a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta tidak memenuhi peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut, di Balai Polis Daerah Kota Bharu, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Hadir sama Timbalan Pengarah JPN, Mohd Nasir Che Daud dan Setiausaha JPN, Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah, wakil-wakil rakyat dan penyokong PAS. Wan Abdul Rahim kemudian menemui pegawai penyiasat DSP Razali Taib dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk diambil kenyataan.

Baru-baru ini, Harakah keluaran 16 - 31 Januari lalu mendedahkan beribu-ribu orang menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal ke Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Kerja-kerja tersebut dikatakan mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dilakukan di beberapa tempat di Selangor beberapa hari menjelang 31 Disember lalu.

Wan Abdul Rahim berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak keselamatan menyiasat secara menyeluruh bagi membuktikan ada pihak yang telah menipu JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nama-nama pemilih tersebut dimasukkan ke dalam senarai pemilih terutamanya di kawasan DUN Bukit Panau, Gual Ipoh, Kuala Balah, Bukit Bunga dan Dabong. "Laporan ini dibuat berasaskan keyakinan PAS berhubung taktik kotor politik Machiavelli pemimpin Umno dalam usaha menawan Kelantan secara tidak demokratik.

"Pada 1994 kegiatan memindah secara 'gonggong' pengundi dari bahagian Pengkalan Chepa ke Parlimen Peringat telah memberi kemenangan kepada Dato' Annuar Musa pada pilihan raya 1995," katanya.

PAS juga mendapati Dato' Alias Hussin pernah memindahkan pengundi dari daerah mengundi di Kandis (DUN Perupok) ke daerah mengundi Beris Lalang (DUN Jelawat) di Bachok pada 1998 sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya 1999.

Bagaimana pun disebabkan percaturan politik di bahagian berkenaan, bekas Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Shahibudin Mohd Noor pula yang bertanding di DUN tersebut sehingga mengecewakan Alias.

Wan Abdul Rahim yang juga Speaker DUN Kelantan berkata, jumlah pengundi baru yang mendaftar bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu seramai 17,167 orang dan 6,637 pemilih tukar alamat.

"Sedangkan dalam tempoh pendaftaran tiga bulan sebelum itu, iaitu Julai hingga September hanya 10,510 pemilih baru yang mendaftar dan tukar alamat.

"Dalam tempoh tiga bulan terakhir ternyata beberapa DUN menjadi fokus melonggokkan pengundi baru dan tukar alamat. Misalnya DUN Bukit Panau seramai 1,902 pengundi baru dan tukar alamat, sedangkan dalam tempoh sama sebelumnya hanya 380 pemilih baru dan tukar alamat," katanya. Begitu juga DUN Gual Ipoh seramai 612 pemilih baru dan 364 tukar alamat berbanding 299 pemilih baru dan tukar alamat bagi tempoh tiga bulan sebelum itu. Wan Abdul Rahim juga berkata, laporan polis yang serupa akan dibuat di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

Dalam bahagian yang berikutnya, saya akan menyentuh lebih mendalam mengenai manipulasi dan pengkhianatan UMNO dalam melucutkankan Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Pendidikan.

- Meli - 27.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN