Make your own free website on Tripod.com
 

ADAKAH UMNO ITU SEBUAH PARTI GILA?

Assamu'alaikum wm.wbt

Membaca kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam Laman Web PAS Pusat pada hari Khamis, 26.2.2004, beliau telah mencadangkan satu penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi memantau peranan SPR dalam mengendali urusan pilihan raya secara adil dan bebas.

Cadangan itu amat baik sekiranya Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang baik. Berlaku adil kepada semua pihak, tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang seperti yang diamalkan di Negara-negara luar.

Di Malaysia lain daripada lain, ia diperintah oleh sebuah parti yang “gila“ dan dipimpin pula oleh orang-orang yang “gila“. Gila kuasa, gila kedudukan, gila harta benda dan pelbagai gila-gila lagi.

Disebabkan ia sebagai sebuah parti yang gila, ia  akan menggunakan apa sahaja cara halal dan haram, tidak mengenal pahala dan dosa, ikut Undang-undang atau tidak, rasuah, politik wang, menyalahguna harta awam, guna polis, media massa, mahkamah dan apa sahaja yang boleh dicapai untuk mengekalkan kuasanya Malaysia ini buat selama-lamanya.

Setiap pertandingan yang disertainya, ia mahu menang. Tidak kira apa harganya, ia sanggup membayar. UMNO tidak rela ia kalah. Kalau ia kalah, UMNO akan menjadi “gila“ seperti yang berlaku di Terengganu dan Kelantan. Ia akan buat apa dia suka di kedua-dua negeri ini, tanpa menghormati kerajaan Negeri yang berdaulat dipilih oleh rakyat secara sah daripada segi Undang-undang dan daripada segi amalan demokrasi.

Mereka boleh mengadakan perhimpunan di mana sahaja yang mereka mahu kerana mereka mendapat kerjasama mesra dan sokongan daripada pasukan polis. Pasukan polis sekarang telah menjadi kerabat BN yang ke-14. Mereka boleh memasang bendera parti di mana-mana mereka suka, tanpa memohon kebenaran daripada pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di sesuatu tempat.

Mereka boleh menganjurkan  konsert dan pelbagai bentuk hiburan, walaupun ia melanggar Undang-undang kerajaan negeri. Di Terengganu sendiri pasukan polis menolong membawa konsert untuk menghiburkan hati rakyat. Hairan bin ajaib, macam mana pasukan polis boleh melanggar Undang-undang, sebab itu kerajaan terpaksa berlakon untuk memulihkan balik imej pasukan polis dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat pasukan polis, yang imejnya begitu tercalar teruk akibat perbuatan “gila“ pemimpin-pemimpin UMNO. Ia boleh tipu rakyat, kerana tidak sesiapa boleh mengambil tindakan kerana mereka berkuasa. Wang ehsan di Terengganu, rakyat dapat dua tiga ratus ringgit sahaja, tetapi pemimpin-pemimpin besarnya mendapat projek bernilai berpuluh-puluh juta. Itulah adil namanya kerana difikirkan oleh orang-orang yang tidak siuman.

Mereka boleh rasuah dan boleh menyalahgunaan kuasa seperti yang dilakukan oleh Rafidah Aziz, Rahim TC, Khalil Yaakob, Dr. Khir Toyo dan lain-lainnya kerana mereka di atas Undang-undang. Hanya rakyat dan pemimpin pembangkang yang menentang UMNO sahaja yang boleh didakwa dan dihukum oleh mahkamah yang maha adil lagi bijaksana [kes Eric Chia dan Kasitah Gadam tidak perlulah ambil kira kerana ia gimik pilihan raya dan hanya berlakon untuk tunjuk alim]. Ini akibatnya Negara dipimpin oleh orang-orang “gila“. Yang salah dikatakannya benar, yang benar, dikatakannya salah. Benar-salah yang mengelirukan orang ramai ini dimainkan oleh media massa yang dipimpin oleh orang-orang “gila“ juga. Jadi tunggang terbalik semuanya.

UMNO dan pemimpinnya juga gila tidak tahu membezakan yang mana parti dan yang mana kerajaan. Mereka menganggap parti itu kerajaan dan kerajaan itu parti. Parti dan kerajaan itu sama sahaja, tetapi pada prinsipnya kedua-dua badan ini adalah terpisah. Oleh itu, mereka boleh senang-senang menggunakan harta rakyat, duit kupang rakyat dan kemudahan awam untuk rakyat macam harta mak bapak mereka. Mereka memfaraidkan harta-harta itu di kalangan mereka, biar rakyat mampus menderita, peduli apa sebab kita “gila“ tidak siuman. Tindakan Undang-undang tidak boleh diambil terhadap orang-orang “gila“, malah Islam sendiri tidak mengambil kira ibadat mereka kerana mereka tidak siuman atau “gila“.

Oleh kerana itu, setiap kali pilihan raya umum diadakan, caretaker government yang ada ketika itu tidak boleh berperanan sebagai sebuah kerajaan sehinggalah kerajaan baru dibentuk  [ketika Parlimen dibubarkan sehingga pilihan raya selesai dan Parlimen mesti bersidang dalam tempoh 60 hari membentuk kerajaan baru], tetapi UMNO/BN tetap melakukan pelbagai kegiatan atas nama kerajaan bukan atas nama parti dan perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan, walaupun itu adalah melibatkan aktiviti-aktiviti politik.

Orang yang gila, tidak pernah mengaku ianya gila, sebaliknya ia akan menuding jari ke arah orang lain mengatakan kita gila. Semua perbuatan yang dilakukannya selama ini tidak pernah salah dan malah dengan bangganya menganggap segala perbuatannya menurut Undang-undang dan orang lain yang salah. Budaya apa ini yang dibawa oleh UMNO?

Menggunakan pasukan polis mengganggu aktiviti PAS, menggunakan mahkamah untuk mengukuhkan kedudukannya, menggunakan SPR untuk pecah sempadan bagi menambah bilangan kerusi untuk UMNO, melakukan pelbagai perbuatan ala-samseng seperti ditunjukkan di pilihan raya kecil di Indera Kayangan, Perlis, tipu muslihat, rasuah pengundi tidak menjadi hal kerana ia bertindak mengikut Undang-undang bagi orang-orang “gila“.

Semua tindak tanduk UMNO selama ini tidak ubah seperti Amerika Syarikat membuli Negara-negara kecil dan Negara-negara yang enggan tunduk dengan kemahuannya. Amerika Syarikat boleh melakukan apa sahaja ke atas Negara- Negara di dunia ini dengan pelbagai alasan senipis kulit bawang. Apa beza UMNO dengan Amerika Syarikat?

UMNO dan kepimpinannya menuduh semua orang bersalah kecuali UMNO. Apa yang salah bagi UMNO ialah bangkangan. Apa sahaja bangkangan terhadap usaha yang dikatakan murni oleh UMNO semuanya dikatakan salah. Pemimpin UMNO ini tidak mengerti bahawa cermin di depannya juga mampu menipu dirinya, yang kiri, rupanya kanan, yang kanan rupanya kiri.

Sebagai kesimpulannya, jangan harap UMNO dan kepimpinannya akan menurut cadangan Haji Hadi itu kerana memang tujuan UMNO akan mempergunakan SPR bagi membantu dan menolongnya menang dalam pilihan raya seperti mana yang ditunjukkan dalam pilihan raya-pilihan raya yang lepas terutama pada tahun 1999, yang mana pada ketika itu UMNO/BN benar-benar menyalahgunakan kuasa dan berkempen menggunakan media massa di luar batas-batas moral dan etika. SPR tidak boleh apa-apa kerana SPR juga turut bersekongkol dengan UMNO. Sekiranya SPR membiarkan UMNO berlawan di padang sama rata dengan PAS, sudah lama UMNO dapat kita kuburkan dan dimuziumkan.

Kita jangan terlalu berharap bahawa pilihan raya pada kali ini akan berlaku satu pertarungan yang adil dan sihat. Tanda-tanda menunjukkan bahawa UMNO mula menggunakan strategi ala-samseng. Kalau kita kurang berhati-hati dengan kuasa yang ada padanya, tindakan ala-samseng yang dilakukan oleh UMNO akan dituduh kita yang melakukannya pula. Keadilan dalam pilihan raya di Malaysia ibarat jauh panggang dari api kerana kita dipimpin oleh orang-orang yang “gila“ yang hanya nampak kesalahan orang lain,  kesalahan mereka sendiri tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Adakah rakyat Malaysia yang siuman dan yang celik mata hati hendak memilih lagi mereka ini untuk menjadi pemimpin kita. Memilih mereka semula bererti kita redha apa yang mereka lakukan selama ini. Rasuah, pilih kasih, pecah amanah, angkuh dan sombong, menyalahgunaan kuasa dan penyelewengan untuk kepentingan diri dan keluarga akan terus berlaku di dalam Negara ini kerana ia dipimpin oleh orang-orang “gila“. Kebenaran dan keadilan tidak mungkin boleh ditegakkan.

Marilah kita bersama-sama membuat perubahan mencari pemimpin yang waras dan siuman untuk memimpin kita. Memetik kata mantan PM ke-4: “Yang menang tak akan dapat semua dan yang kalah tidak hilang semua“. Prinsip ini amat sesuai kerana parti yang menang tidak akan berkuasa mutlak, manakala parti yang kalah tidak akan dianiayai.

Kata beliau lagi,: “Dalam politik tidak ada sahabat yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal “. Ambillah prinsip ini, dulu kita memilih UMNO/BN dan sekarang kita pilih pula PAS dan BA.
 
Sekian, dulu buat kali ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain isu pula, terima kasih. Wassalam.

- Meli - 28.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN