Make your own free website on Tripod.com
 

SIRI KEMPEN PILIHAN RAYA KE-11:
Politik PAS [BA] V Politik Umno [BN] Siri 8
Jangan Silap Pilih Pemimpin

Assamu'alaikum wm.wbt,
Para Pembaca Budiman,

Sekali lagi kita diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang akan memimpin kita dari dunia  hingga akhirat. Memilih pemimpin bukan terhad di dunia semata-mata, malah tanggungjawab ini akan disoal di akhirat kelak. Oleh itu, saudara-saudara ku sekalian jangan salah pilih pemimpin.

Pemimpin di dunia yang fana ini senang dicari. Cari dan pilihlah pemimpin UMNO untuk senang di dunia. Mereka boleh taburkan duit berguni-guni kerana bagi mereka duit bukan masalah kerana mereka boleh mencetak sendiri [ bermaksud boleh mengujudkan projek-projek yang tidak penting untuk rakyat, tetapi penting untuk mendapatkan duit, mereka boleh memberi kontrak dan lesen-lesen perniagaan dan perjudian kepada taukeh-taukeh dan sebagainya lagi untuk mendapatkan duit]. Memilih pemimpin yang boleh membawa kita kebahagian dunia dan akhirat yang susah untuk dicari.

Pemimpin yang boleh membawa kebahagian dunia dan akhirat ini mestilah mempunyai nilai-nilai akhlak dan moral yang tinggi, bertakwa, mengamalkan amal yang soleh, amal makruf nahi mungkar.

Ciri-ciri ini hanya ada pada calon-calon yang mewakili PAS dan Keadilan [ pemimpin yang muslim]. Pemimpin UMNO kebanyakan mereka tidak mempunyai cirri-ciri ini. Mereka hanya ada amal makruh dan tidak kepada nahi mungkar.

Saudara-saudara ku sekalian,  ingatlah , sesorang pemimpin yang sanggup memberi segala permintaan ramai, ia bukanlah pemimpin yang sebenar. Sebaliknya mereka yang sanggup merubah keadaan yang buruk kepada baik, itulah pemimpin yang sebenar .

Hari ini ramai orang hendak menjadi pemimpin. Semuanya berusaha pelbagai cara untuk menjadi pemimpin. Semuanya berjuang untuk survival diri sendiri. Hal ini berlaku di kalangan kabilah UMNO. Mereka ingin duduk di kerusi empuk dan mendapat kuasa untuk mencari kekayaan diri secara mudah tanpa perlu berusaha gigih. Hanya melalui tiket pemimpin, mereka boleh mendampingi pemimpin yang lebih berkuasa memberi mereka pelbagai projek dan lesen-lesen perniagaan yang membawa laba berjuta ringgit malahan boleh menjangkau billion ringgit.

Senario beginilah yang menjadikan amalan politik wang, rasuah, kronisme dan nepotisme wujud di dalam masyarakat kita khususnya di kalangan pemimpin UMNO. Persoalannya adakah layak seorang yang memiliki ciri-ciri seperti ini layak diangkat sebagai seorang pemimpin. Sanggupkah kita menjulang pemimpin seperti ini setiap kali mereka mencipta kemenangan hasil taktik kotor ini?
 
Episod malang secara terus menerus menimpa rakyat, agama, bangsa dan Negara. Orang yang dberikan mandate kepimpinaan bukan sahaja gagal meyempurnakan amanah yang diamanahkan, malah lebih malang lagi mereka ini mengkianati rakyat yang memilih mereka.

Kebanyakan pemimpin yang berada di puncak kuasa gagal menghayati maksud kepimpinan itu sendiri. Pemimpin yang diamanahkan mestilah sanggup memperjuangkan nasib rakyat yang memilihnya. Pemimpin yang mempunyai kuasa wajib mempastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan sempurna. Pemimpin yang baik wajib sanggup hidup susah berkongsi derita, senang bersama gembira, tetapi reality yang berlaku tidak seindah yang diimpikan dan cakap-cakap masa berkempen di waktu ini tidak boleh digunapakai langsung.

Ketika dilanda kesusahan rakyat hidup sengsara. Harga barang naik, gaji ditakuk lama, tetapi lebih mengecewakan rakyat diminta berkorban harta benda. Pemimpin hidup penuh kemewahan dan sanjungan.

Dalam masa kita membuang undi esok hari Ahad, 21.3.2004, wajarlah kita bermuhasabah diri, merenung dan bertanya kembali, apakah kuasa yang ada ini akan terus dipersia-siakan untuk menunggu 5 tahun lagi untuk membuat perubahan. Segala-galanya ada ditangan kita selain dari keizinan daripada Allah SWT tentunya.

Marilah kita membuat satu kejutan dengan membuat perubahan pemimpin yang ada ini. Sudah lama dah!.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

- Meli - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN