Make your own free website on Tripod.com
 

Ceramah President PAS di Besut
Oleh UMNOPutera Ori

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
20 Mac 2004 1a.m.

Terasa kerancakan kempen pilihanraya tidak sehebat dulu( dikampung aku je kot). Aku tengok forum-forum khas kat TV pun tidaklah mencabar sangat. Bahan-bahan kempen tidak sebanyak Pilihanraya ke 10. hingga hari ini pun aku tidak mendapat manifesto mana-mana parti. Yalah! Aku hanya orang kampung. Nak dapatkan Harakah tidak semudah dibandar. Suara Keadilan langsung tak kelihatan .

Aku tertunggu-tunggu apakah kejutan yang akan berlaku. Samada dipihak BA maupun BN. Bertambah suspen lagi mengingatkan ini kali pertama aku akan mengundi. Laman-laman web pun tak seaktif 1999. Harakah Daily punyalah hebat diganggu. Dalam keadaan macam tu. Aku dapat tahu Presiden PAS akan ke Besut (jumaat 19.3.2004 malam sabtu).

Aku rasa rugi kalau ketinggalan daripada menghadhirinya. Aku menjangkakan tidak ramai yang akan datang. Memandangkan tempoh berkempen dah tinggal 24 jam, sudah tentu sangat mustahak setiap orang jaga kawasan masing-masing. Alangkah terkejutnya aku. Jangkaan ku meleset sekali. Rupanya manusia telah memenuhi lebih separuh padang yang boleh memuatkan 20 ribu manusia.

Ketika aku sampai dari jauh aku dengar pengerusi mengarahkan petugas bergerak untuk memungut derma. Perutku terasa begitu lapar. Nasibku baik sekali. Begitu ramai peniaga sedang berniaga lagi bertuah aku bila makan orang sponsor. Harakah bil.1260 pun ada dijual. Aku memilih untuk mengisi perut diwarong segera ditepi padang.

Datuk Sri Tuan Guru antara yang aku dengar menceritakan kejayaan-kejayaan yang dicapai sepenggal pemerintahan beliau. Antara lain ;

1.Kejayaan Negeri Terengganu dalam masa kurang-lebih empat tahun meluluskan lebih 60 ribu lot tanah untuk rakyat daripada 110 ribu yang diproses. Aku rasa tak termasuk Tanah Teroka Tanpa Izin (banyak orang sebut tanah haram),tanah pinggir dan tanah –tanah Peneroka Felda (wallahua`lam).

2.Membuka semula permohonan tanah daripada rakyat selepas kerajaan BN membekukanya sejak1975 serta mempermudahkan syarat-syarat layak memohon dan syarat dapat hak milik. Beliau menceritakan bagaimana selepas Mahatir marah-marah lambatnya proses permohonan tanah dinegeri lain ,pegawai-pegawai pejabat tanah dari negeri-negeri tersebut telah datang untuk belajar bagaimanakah Terengganu bejaya melaksanakan proses pemilikan tanah dalam masa yang singkat.

3.Hasil hutan meningkat kepada 60 juta (bukan ribu)  ringgit setahun. Dalam waktu yang sama pengurusan hutan Terengganu terbaik di Malaysia.

4.Kadar jenayah yang rendah di Terengganu hanya antara 5 ribu hingga 6 ribu (bukan 5-6ratus) sahaja setahun dan tiada jenayah berat berlaku. Sebaliknya di Johor, selangor dan lain-lain antara 50ribu hingga 60 ribu kejadian jenayah setahun. Beliau menceritakan wanita PPP mencadangkan supaya hukum hudud dikaji untuk dilaksanakan, setelah berleluasanya kejadian rogol. Yang mana jenayah ni melampau-lampau selepas pimpinan UMNO menolak hudud.

Selain dari itu beliau menceritakan beliau telah memanggil sidang media sempena  laporan penyelewengan duit kerajaan (Wang Ihsan kot). Pembayaran dibuat pada bulan mac 2004 atas program berbuka puasa dimasjid-masjid dan surau tertentu diseluruh negeri Terengganu. Ada dibayar 500 dan ada 1000 ringgit. Sedangkan bulan ramadhan lambat lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang disogok menjelang pilihan raya supaya jangan menjual perinsip. Seperti pancing, boleh makan umpan(ambil
duit) jangan telan kail (jangan beri undi kepada BN).

[[[Setengah orang berpantun “gelombang biru,muntah hija,sokong biru pakoh hija” maksudnya tidak salah menzahirkan sokongan kepada BN dengan sebab tertentu, umpamanya untuk mendapatkan bantuan dana khas (kepada yang fikir dia layak) tetapi undi hendaklah diberikan pada BA. Atau datang bahasa orang Kelantan “beri gula kaca(kacau buat air), beri kain paka (pakai) tapi undi, undi bulan”]]]

Beliau juga menyebutkan tidak mustahil dengan pilihan raya kali ini BA boleh memerintah Malaysia. Iaitu apabila jumlah kerusi melayu gabungan BA mengatasi jumlah kerusi yang didapati UMNO. Ketika itu BA bersedia menerima semua parti yang lain untuk membentuk kerajaan . tidak terkecuali UMNO. BA
lah yang akan menjadi teras pada ketika itu.

Selepas selesai Presiden PAS berucap saudara SUA Ustaz Nasaruddin Mat Isa tiba daripada Pulau Perhentian. Beliau hanya memperkenalkan diri kepada para pengundi. Antara yang beliau sebutkan mendapat ijazah BA dari Jordan dan MA dari UIA. Antara guru beliau Prof. Ahmad Ibrahim dan Prof. Mahmud Sa`edon. Beliau juga menyebutkan lawan beliau (Prof. Abdullah Mohd.Zin) mendapatkan PHD dari U.Kent (belajar Islam dengan orang kafir ).

Pemuda Kampung - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN