Make your own free website on Tripod.com
 

DUN LUNAS: Keadaan Semakin Hangat
Oleh Spy Lunas
Pihak berkuasa dan pemantau SPR nampaknya bagai cacing kepanasan apabila kempen BA semakin mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Ini jelas dilihat semasa ceramah BA diadakan di Padang Meha 3 malam yang lalu. Permit yang diminta untuk mengadakan ceramah tidak diluluskan hanya disebabkan pihak umcino membuat bantahan. Menyedari sikap anjing-anjing KERAjaan yang berat sebelah itu, pihak BA tetap meneruskan program tersebut bagi menemui pengundi. Hasilnya kedatangan para penduduk di sekitaran amat memberansangkan sekali biarpun para penceramah bukanlah dari kalangan mereka yang begitu dikenali. Menyedari sambutan yang hangat dari para penduduk itu, anjing-anjing turut meluru dengan ramainya di tempat ceramah dengan gaya yang cuba menakut-nakutkan para hadirin.Namun gelagat mereka tidak langsung dihiraukan malah setiap laungan reformasi disambut dengan bersemangat sekali.

Perkara yang sama berlaku di Taman Angsana apabila ceramah BA diadakan pada malam 18 Mac di bilik gerakan Keadilan Taman Angsana. Beberapa penceramah yang terdiri dari kalangan orang tempatan dan juga penceramah berbangsa Cina dari NGO terlibat di dalam program pada malam itu. Apabila ceramah semakin rancak dan para pengunjung semakin memenuhiBA bilik gerakan sehingga melimpah ke luar bilik gerakan , anjing-anjing mula tidak senang duduk. Tanpa disangka-sangka beberapa trak yang memuatkan anjing spesies FRU tiba di tapak ceramah dan dengan angkuhnya memenuh jalan di ruang hadapan bilik gerakan sambil mengoyang-goyangkan cota mereka. Puak yang mengambil gambar tanpa segan silu memfokus kamera mengambil gambar pengunjung-pengunjung seolah-olah membayangkan satu amaran bagi menakut-nakutkan mereka. Namun aksi samseng puak FRU itu terus terbantut apabila Saudara Saifuddin Nasution tiba pada pukul 11.15malam di situ sebagai penceramah terakhir. Bagaikan anjing yang dikerah tuannya mengambil tulang yang dicampakkan ke satu tempat, mereka terus beredar dari ruang hadapan itu dan meminggirkan diri ke kawasan gelap di sebelah sana. Saudara Saifuddin belum berkata apa-apa lagi tetapi kelibatnya sahaja nampaknya telah cukup untuk menjadikan puak yang rupa-rupanya berani-berani ayam itu sedar akan diri mereka yang sentiasa menguatkuasakan undang-undang mengikut selera mereka sahaja. Satu ayat yang penuh bermakna dari Saudara Saifuddin kepada mereka selepas itu sudah cukup untuk menghiris kalbu mereka, “Rakyat sebenarnya tahu dan peka dengan peruntukan undang-undang tetapi pihak penguatkuasa undang-undang itu sendiri bukannya tahu akan undang-undang itu”.

Pada keesokan malamnya iaitu pada 19 Mac, program ceramah telah diadakan Di Taman Selasih, Kulim. Kali ini kehadiran pengunjung adalah lebih ramai lagi sehingga melimpah ke seberang jalan. Selain dari Siput-siput babi yang berkeliaran dan beberapa kerat anjing yang beruniform, kelibat FRU tidak pula kelihatan.Mungkin penangan ayat dari Saudara Saifuddin pada malam sebelumnya itu sudah cukup meninggalkan kesan hitam di hati mereka. Suasana ceramah telah berjalan dengan penuh aman. Di antara penceramah-peneramah yang terlibat di dalam program pada malam itu adalah penasihat undang-undang Dong Jiau Zhong dan Saudari Nurul Nuha, anakanda kedua Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran Saudara Tian Chua sebagai calon DUN Lunas mendapat sambutan yang sungguh hangat. Selesai Saudara Tian Chua berucap, para hadirin mula beredar dari tempat ceramah tetapi satu pengumuman mengejut yang memaklumkan bahawa Saudara Saifuddin sedang dalam perjalanan ke tempat ceramah itu telah menggamit semula para hadirin. Lucu pula melihatkan gelagat pengunjung-pengunjung berbangsa Cina yang berebut semula tempat duduk apabila mendengar nama Saifuddin diumumkan akan tiba.

Saudara Saifuddin Nasution tiba pada pukul 11.55malam. Para hadirin kelihatan begitu bersemangat sekali dengan kehadirannya. Beliau sempat berucap selama 5 minit dan terpaksa menghentikan ucapannya sebagai menghormati undang-undang yang telah ditetapkan agar ceramah ditamatkan pada tepat jam 12 malam. Biarpun singkat, namun 5 minit ucapan Saudara Saifuddin itu sudah cukup untuk menyuntik semangat ke dalam setiap diri para hadirin pada malam itu. Inilah karisma yang terdapat pada diri pemimpin kesayangan penduduk Lunas ini. Kata-katanya membuatkan kami, yang berbangsa Melayu, Cina dan India pada malam itu merasakan bahawa kami semua adalah di dalam satu keluarga yang besar. Memang indah dan membahagiakan sekali perasaan itu. Inilah wajah politik Malaysia baru yang kita semua idamkan.

Selamat Tinggal BN
BA Pilihan Kami

Selamat Mengundi!

Spy Lunas - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak beroperasi ketika ini)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN