Make your own free website on Tripod.com
 

Menuju Ke Arah Malaysia Baru: Pesanan Untuk Pengundi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal mengundi pada 21 March 2004 ini, kita menyeru agar mereka jangan takut untuk memilih pemimpin yang betul-betul jujur,ikhlas,bertanggungjawab serta bebas dari melakukan rasuah. Jangan takut dengan ugutan dari pihak-pihak yang cuba menghalang kita dari mengundi. Jangan takut untuk mengubah nasib kita dengan memilih pemimpin yang berwibawa kerana mereka akan jadi wakil rakyat yang akan mencapaikan hasrat rakyat di Parlimen serta dewan negeri nanti.

Ingatlah seluruh rakyat Malaysia rezeki itu datang dari Allah bukan dari pemimpin BN/Umno. BN/Umno hanya diamanahkan oleh rakyat menjaga harta rakyat Malaysia bukan menyalahgunakan hak milik rakyat Malaysia. Umpamanya duit cukai,zakat serta kemudahan awam yang sepatutnya mesti diberi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik sebabnya kita semua rakyat Malaysia tidak dikecualikan membayar cukai jadi itu hak kita semua. Kita berhak untuk memilih sesiapa saja yang kita yakin boleh memimpin negara ini dengan adil serta saksama. Pemimpin BN/Umno harus merasa malu bila bercakap yang mereka saja yang boleh memberi pembangunan kepada rakyat sedangkan tanpa duit cukai dari rakyat Malaysia mampukah pemimpin BN/Umno memberi pembangunan kepada rakyat?

Cuba kita fikirkan persolan dibawah ini agar kita rakyat Malaysia jangan mudah tertipu dengan dakyah pemimpin BN/Umno.

1. Siapakah yang memberi rezeki kepada mereka?
2. Siapakah mereka sekiranya rakyat tidak mengundi mereka nanti?
3. Siapakah mereka yang berani mendakwa mereka saja yang boleh memberi rezeki (pembangunan) kepada rakyat?
4. Adakah pemimpin BN/Umno mampu memberi pembangunan sekiranya rakyat tidak membayar cukai sebab mereka jadi pembangkang ?
5. Mengapa pemimpin BN/Umno saja yang dibenarkan bersuara dalam media massa (RTM) sedangkan pemimpin pembangkang juga berhak bersuara untuk rakyat yang menyokong mereka?

Itu saja persoalan dan mungkin ada lagi yang perlu rakyat mengetahui tentang sikap sombong bodoh pemimpin BN/Umno.

Sekali lagi kita menyeru kepada semua rakyat Malaysia jangan takut memberi sokongan pada pemimpin Barisan Alternatif (BA) nanti. Undi kita adalah rahsia dan jangan takut dengan ugutan pemimpin BN/Umno serta yakinlah negara kita akan selamat dibawah pemimpin BA nanti. Berilah peluang kepada BA untuk memimpin negara ini dengan kesejahteraan serta keamanan untuk negara Malaysia Baru nanti.

Mari kita berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan mengundi nanti. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuangan orang-orang yang ikhlas berjuang keranaNYA.

Sekian wassalam

Kiriman Suara Rakyat Malaysia - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN