Make your own free website on Tripod.com
 

TAG 1557:
Jatuh Bangun Ke arah Kemenangan Majoriti Dua Pertiga
(The stumbles and pitfalls en route to a certain two-thirds majority) Oleh MGG Pillai - 18.03.2004
{Artikel asal ada di Seruan Keadilan keluaran hari ini 18 Mac 2004}

Barisan Nasional sudah yakin menang dengan majoriti dua pertiga. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, mahukan kemenangan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan 1999 dahulu. Mungkin juga ini akan tercapai. Semasa sempadan pilihan raya diubah semula, setiap dua pilihan raya yang diadakan, kerap memihak kepada BN. Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikatakan bebas kononnya akan menentukan hakikat ini. Ia sedar siapa yang menggajinya dan apa pula nasib yang akan dihadapi seandainya perkara semacam ini tidak terlaksana. Untuk pilihan raya kedua, BN akan menghadapi masalah. Ini merupakan kali pertama pilihan raya umum di adakan selepas persempadanan semula. Namun, BN menghadapi laluan sukar kerana Pembangkang berusaha menumpaskannya. Inilah pilihan raya umum pertama sejurus sempadan baru ditentukan. Tetapi BN sudah menghadapi masalah cuba menepis Pembangkang yang begitu gigih mahu menumbangkannya. Usaha sedemikian bukan selalu mencapai matlamatnya. Musuh BN hari ini ialah Pembangkang Melayu – PAS dan Keadilan. Satu ketika dahulu musuh BN ialah parti politik yang berteraskan keahlian Cina seperti Front Sosialis yang sudah pun terkubur dan DAP yang lebih besar lagi. Demikianlah keadaan itu selama 20 tahun pertama selepas negara mencapai kemerdekaannya.

Pada 1998, kemelut yang melanda Anwar Ibrahim mendedahkan kebenaran yang amat menyerlah. Sejak itu penentang BN bukannya merupakan parti politik yang berasaskan kaum Cina mahupun yang mempunyai ideologi politik yang berbeza, tetapi daripada parti dan pertubuhan politik Melayu yang tidak sebulu dengan pendirian itu. Ini jelas menyerlah daripada mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kebanyakannya adalah orang Melayu yang dianggap oleh Putrajaya sebagai golongan yang berada di sebelah pagar. Inilah yang menjebak kerajaan BN, apabila ada di kalangan mereka yang sedang melancarkan mogok lapar, hidup hanya dengan seteguk dua air minuman sehingga mereka jatuh sakit yang serius dan terpaksa diusung masuk hospital untuk dipaksa menerima suntikan makanan. Peristiwa ini tidak diberikan liputan dalam akhbar perdana yang dikuasai oleh kerajaan, khususnya semasa kempen pilihan raya. Namun, inilah isu yang hangat seperti juga isu kemelut Anwar, di kalangan masyarakat Melayu. Inilah kisah penahanan mereka kerana kononnya didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Taliban dan kumpulan Islamiah yang berhaluan kanan; lebih-lebih lagi setelah anak lelaki Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dibersihkan daripada segala salah laku membuat sebahagian peralatan senjata nuklear melalui syarikat yang dimilikinya.

Sebenarnya, memang sudah lama wujudnya salah-faham di kalangan parti-parti komponen yang bernaung di bawah BN. Inilah yang tiba-tiba menonjol sebaik sahaja pilihan raya umum diumumkan. Para calon yang digugurkan, sudah tentu tidak menyenanginya, dan dalam perasaan marah mudah membakar, memusnahkan ataupun menggodam ibu pejabat kempen BN, ataupun muncul sebagai calon bebas, menghilangkan diri semasa tempoh berkempen ataupun kalau pada paling dahsyat lagi, berpaling tadah. Pilihan raya kali ini tidak terkecuali daripada unsur-unsur itu. Di Kelantan, seorang bekas MP UMNO muncul sebagai seorang calon bebas gara-gara beliau diketepikan. Dia tidak akan menang tetapi akan mengalihkan undi jauh daripada calon UMNO untuk memberi laluan kepada PAS memenangi kerusi yang dipertandingkan itu. Di Pahang, seorang MP yang dinafikan kerusi yang diisinya dulu, telah memindahkan jentera pilihan rayanya yang cekap untuk menyebelahi PAS. Di Pekan, walaupun banya kenyataan optimis yang disiarkan untuk menyebelahi Najib Tun Razak, beliau sebenarnya sedang bertarung untuk menyelamatkan masa depan politiknya gara-gara sikap PAS diam membisu yang amat merunsingkan para petugas beliau di situ. Sejak 1999 lagi PAS telah bekerja kuat untuk menumpaskan Najib, selepas beliau menang di situ dengan kelebihan 241 undi sahaja. PAS bertindak tidak menandingi konsep kempen secara berbelanja sakan, tetapi beralih kepada konsep berkempen ala-gerila. Sementara itu PAS sudah pun menerbitkan satu VCD mengenai Dato’ Seri Najib, yang disebut oleh para pembantu beliau, walaupun mereka belum menyaksikan kandungannya. Najib berdepan dengan seorang bekas Brigadier-Jeneral yang berusia sekitar 70-an.

Di Kuala Lumpur, masalah dalaman dan juga perbalahan di kalangan parti komponen BN sudah memuncak kini. Di Titiwangsa, wakil rakyat yang sedia ada telah tersingkir dan dia tidak akan dipilih lagi. Dengan itu beliau telah bertindak menutup ibu pejabat kempen UMNO untuk menafikan calon baru, yang merupakan anak bekas seorang Menteri kabinet. Di kawasan sebelahnya, Wangsa Maju, UMNO naik angin dengan kelakuan calon MCA membuatkannya menutup ibu pejabat kempennya di situ. Sebagai tindak-balas, MCA menutup pula pejabatnya di Titiwangsa. Keadaan yang sama berlaku juga di merata negara, kecuali di Kelantan, Terengganu dan tempat lain yang didominasi oleh orang Melayu, sehingga mampu menjejas congakan BN. Pilihan raya ini sesungguhnya bertujuan untuk menampilkan imej Paklah, yang kini semakin tergugat. Dia terpaksa berdepan dengan masalah apabila Sultan sebuah negeri membantah pilihannya sebagai calon Menteri Besar baru.

Tokoh-tokoh UMNO tidak senang dengan tindakan ‘campur tangan istana’ tetapi perkara ini tidak dapat dielakkan gara-gara keghairahan BN mendapatkan darah raja sebagai calon pilihan raya. Contohnya di Pahang, ada seorang adik Sultan yang menjadi ahli Parlimen BN dan Timbalan Menteri; di Perlis BN sengaja menggembar-gemburkan kisah adik YDP Agong sebagai seorang calonnya. BN sengaja mengabaikan pembabitan istana dan kenapakah tidak menolak pembabitan Sultan Pahang semasa baginda menyeru rakyatnya menyokong BN? Sedangkan BN pusat masih bertegas menentukan siapa yang layak menjadi seorang Menteri Besar. Ramai sultan yang tidak senang hati dengan calon Dewan Undangan Negeri ataupun calon BN di negerinya. Inilah yang tidak disenangi oleh BN kerana beranggapan seseorang calon itu mungkin bukan yang terbaik tetapi merupakan insan yang sanggup akur kepada perintah Kuala Lumpur tanpa sebarang dakwa-dakwi. Inilah yang menggugat krisis Perlembagaan yang pasti akan didebatkan. Inilah juga sebabnya kenapa Paklah tidak dapat memutuskan senarai pilihannya sehinggalah saat yang terakhir. Di Melaka, Ketua Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Ali Rustam, sepatutnya turun takhta kerana dua sebab utama yang amat menyerlah: satu, kerana ghaibnya beberapa ratus juta ringgit daripada akaun-bersama dengan seorang pelabur asing, dan dua kerana perkhidmatan awam enggan meneruskan khidmat mereka terhadap beliau selepas beliau mencaci mereka sebagai ‘Melayu bodoh’. BPR kononnya telah membuat siasatan terhadap tuduhan yang mual-mula itu, tetapi dia masih lagi bertanding di sana. Sayangnya pihak Pembangkang tidak berupaya mengambil peluang semacam ini, walaupun berkemungkinan menambah perwakilannya dalam Dewan Undangan Negeri, nanti.

Malangnya, BN menganggap kemenangan yang menyeluruh ini sebagai bukti yang serba-serbi berjalan dengan baik. Bekas Menteri Luar, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yakin bahawa BN memang betul selama ini, sejurus pencabar beliau menarik diri daripada bertanding. Inilah kesan undang-undang baru pilihan raya yang diperkenalkan oleh SPR: calon pertandingan boleh menarik diri dalam masa tiga hari selepas mencalonkan pertandingan mereka, tanpa hilang wang deposit. (Anehnya mereka hanya diberikan satu jam untuk mengemukakan surat pencalonan). Inilah undang-undang haprak yang membolehkan calon yang lemah menjadi umpan untuk dibeli oleh saingannya yang mahu menang tanpa bertanding. Jadi, Hamid Albar menang tanpa bertanding. Soalnya adakah kemenangan itu disebabkan apa yang telah disuarakannya? Tentu tidak. Masalah BN bermula setelah separuh calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menyingkirkan muka-muka lama.

Tindakan ini memang terlampau kejam. Kerana terlalu ramai yang tersingkir itu mengetahuinya melalui berita radio dan TV dan cara lain, tetapi tidak melalui panggilan daripada ibu pejabat parti. Penyingkiran muka-muka lama itu dibuat secara tergesa-gesa semasa saat terakhir sebelum pencalonan dan inilah yang memeram sebarang bantahan terhadapnya. Inilah hasil kerja kumpulan dalaman Paklah, yang memang arif akan teori politik tetapi bersifat baghal tentang amalinya baik di Malaysia ataupun di kalangan BN. Mereka tidak mengambil kira keprihatinan keadaan tempatan. Hasil kerja mereka itu menggugat ketenteraman. Kalaulah Paklah gunakan senarai itu sebagai alat untuk membersihkan UMNO selepas pemilihan Jun nanti, dan wujudkan satu jentera politik yang menghormati pandangan akar umbi, di mana BN negeri diberikan satu bentuk autonomi, walaupun dalam pemilihan calon mereka, maka akan muncullah harapannya. Jika tidak, akan berlaku kejatuhan yang tidak mungkin menyokong harapan yang disandarkan itu. Sesungguhnya (seperti kata Lord Acton) sesuatu bentuk kuasa memang mempunyai unsur korupsi dan kuasa yang mutlak itu sememangnya mengkorupkan dengan dahsyat sekali.

MGG Pillai
pillai@streamyx.com
Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 19.03.2004
Siaran awal Terjermahan Artikel Global (TAG) ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk seketika)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN