Make your own free website on Tripod.com
 

TAG 1560:
SPR Tambah Dua Jam Masa Mengundi Di Selangor 
Kerana BN Sudah Takut Kalah

(The EC extends voting in Selangor by two hours amidst BN fears it has lost the state) Oleh MGG Pillai - 21.03.2004 (7.06 malam)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai undang-undang sendiri dalam menguruskan pilihan raya umum di Malaysia. Apa sahaja yang diingininya dijadikan undang-undang walaupun ia ternyata tidak mampu melaksanakannya. Pilihan raya umum kali ini digazetkan supaya berjalan antara 8 pagi hingga 5 petang. Masanya boleh dilanjutkan HANYA dengan persetujuan para calon yang bertanding, dan bukan oleh parti politik yang mereka wakili. Namun, SPR telah membuat perubahan itu dengan kehendak sendiri di Selangor, secara menyeluruh di negeri itu, selama dua jam hingga 7 malam. Inilah yang membuatkan Pembangkang dan juga segelintir puak BN, termasuk para calon yang bertanding naik angin kerana mereka terkejut dengan perubahan itu. Inilah yang dikatakan selama ini, apa sahaja yang dingini oleh SPR ia dapat apa yang dikehendakinya. Seandainya SPR mahu melanggar hukum undang-undang, seperti yang dilakukannya, ia dibiarkan sahaja. Yang lebih dipentingkan ialah agar BN dapat merangkul kuasa tidak kira apa caranya waima mencemar proses pilihan raya yang adil dan saksama. SPR membeza-bezakan parti politik dalam kerajaan dan di pihak pembangkang, sedangkan semua itu memang diketahuinya merupakan parti politik sahaja. Kisah ini tidak berakhir di situ sahaja. Semasa mula-mula menubuhkan kerajaannya, Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah menjanjikan satu pentadbiran yang bersih dan telus. Ternyata bahawa janji ini sudah tercemar daripada tahap mulanya lagi kalau dia tidak mengambil tindakan untuk merenggangkan dirinya daripada kehaprakan ini dan menggunakan kuasanya mengarahkan satu Pilihan Raya Umum yang baru di seluruh negara ini, dengan orang baru yang mengepalai SPR.

Keadaan ini sudah pun disedari oleh BN yang pantas menjauhkan diri daripada kecurangan SPR dalam menjalankan tugasnya. Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak menyalahkan SPR kerana berlakunya kekecohan disebabkan kertas undi di kawasan Sungai Lembing, Pahang. Bagi kerusi DUN itu calon PAS dinyatakan sebagai mewakili KeADILan. Presiden Gerakan, Dato' Seri Lim Kheng Yaik, naik angin kerana satu senarai nama pengundi telah hilang, dan beliau sendiri ketakutan peluang mempertahankan kerusinya. Semua rangkaian radio dan TV milik kerajaan menyatakan kesilapan SPR sebagai punca kemarahan disebabkan senarai pengundi yang tidak lengkap, terutama di kawasan kubu kuat parti pembangkang. Ada satu berita yang tidak disahkan lagi betapa waktu mengundi di Selangor telah dilanjutkan apabila ada pertanda pada jam 5 petang bahawa kerajaan BN di Selangor berkemungkinan akan tumbang. Yang memang jelas ialah lanjutan masa itu masih tidak menjamin kerajaan BN dapat mengekalkan majoriti suara dua-pertiga. Ini merupakan satu tamparan besar kepada BN berbanding kekalahan di Kedah dan Perlis. Mengikut perkiraan semasa, BN masih dapat mengekalkan kuasanya di dua negeri utara itu.

Akan tetapi, kenapa pula SPR memberitahu BERNAMA bahawasanya setakat 1 tengah hari, kira-kira 60 peratus sudah pun keluar mengundi dan ia menjangkakan jumlah pengundi kesemuanya akan mencecah 80 peratus? Di sebaliknya pula, SPR tidak pun menyebut perihal kadar pengundi di Kelantan dan Terengganu hanya setakat melebihi 30 peratus sahaja pada waktu itu? Sepatutnya kalau ia menyebut akan perihal pengundian di Kedah, ia mesti juga menceritakan kisah yang sama di seluruh negara. Siapakah SPR ini sebenarnya yang membuat pendirian dan keputusan bahawa 80 peratus pengundi akan keluar mengundi? Bagaimana mungkin ia tahu? Tetapi, itulah yang memang diingini oleh BN. SPR sengaja melakonkan tugasnya untuk mengecewakan pihak Pembangkang. Senarai pengundi yang dicetaknya dan diagihkan kepada Pembangkang selalunya tidak selengkap senarai yang diserahkan kepada BN. Itulah sebabnya SPR menegah parti-parti Pembangkang mendirikan ‘pondok panas’ di luar kawasan pembuangan undi. Tetapi pada saat terakhir ia membenarkan pula BN mendirikan pondok-pondok itu, di mana senarai yang lengkap sudah disediakan. Oleh kerana Pembangkang diberikan senarai yang tidak lengkap, maka adalah sukar untuknya mengesan para pengundi. Apabila perkara ini diajukan kepada SPR, mereka mencemuh dengan angkuh bahawa perkara in sudah sepatutnya disemak semasa Pembangkang mengadakan ceramah mereka. SPR tidak sedar betapa organisasinya sendiri sudah mereput dari dalam sehinggakan ia tidak mampu menjalankan tugas seperti yang dijanjikannya. Yang anehnya pejabat-pejabat SPR di Sabah dan Sarawak memiliki senarai yang tercetak tanpa nama yang lengkap disimpan di dalam CD.

Pasukan Polis Simpanan persekutuan (FRU) telah dikerah bersiap siaga di kawasan yang dianggap oleh SPR akan tercetusnya rusuhan. Walaupun Setiausaha SPR telah meminta maaf kerana kesilapan, itu, ia harus dianggap tidak mencukupi. Beliau dan juga Pengerusinya mesti melepaskan jawatan mereka. Kenapakah pegawai SPR tidak dapat mengesan kesilapan itu dalam masa beberapa minit selepas bermulanya pengundian? Bagaimana mungkin mereka menyedari kesilapan pada kertas undi hanya setelah calon Pembangkang ataupun wakilnya menunjukkan kesilapan begitu? Kenapakah tidak ada penelitian di tahap awalan lagi? Kenapakah wakil-wakil calon tidak ditunjukkan kertas undi itu dulu sebelum pengundian dimulakan supaya kesilapan seperti itu dapat diatasi? Di kawasan seperti Gombak, yang mengalami kehilangan nama pengundi yang paling tinggi di Lembah Kelang, pegawai SPR telah didapati ghaib dan tidak ada yang bertugas di meja maklumat. Bagaimana pula nama-nama itu boleh hilang di waktu pagi tetapi muncul pula secara ajaibnya di sebelah petang? Kepincangan ini boleh dielakkan seandainya parti yang bertanding mempunyai meja maklumat mereka sendiri untuk memberitahu SPR akan segala kepincangan yang ada. Mereka ini mempunyai niat yang sama dengan SPR dalam menentukan pilihan raya yang adil dan bebas.

Berbekalkan segala unsur-unsur ini, walaupun Paklah mendapat kemenangan dengan majoriti dua pertiga, ia tetap mencemar kuasanya. Dia mesti bertindak pantas untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem pengundian. Beliau mesti menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyelesaikan kemelut ini. Suruhanjaya itu mesti membenarkan Ketua Pembangkang mencadangkan dua ataupun tiga calon untuk menganggotai SPR, dan merobah dengan drastiknya cara SPR diuruskan. Seandainya dikesan kecurangan semasa SPR menjalankan tugasnya, beliau mesti mengarahkan agar pilihan raya umum diadakan semula dan membenarkan pemerhati bebas daripada kumpulan yang berminat sambil menubuhkan satu panel yang dianggotai tokoh-tokoh yang disenangi rakyat sebagi rujukan untuk para pengundi dan calon yang bertanding. Pegawai mengundi mesti dikenakan tindakan kerana menghilangkan dirinya. Kesilapan semacam ini tidak boleh disorok di bawah tudung saji. Kita hanya tahu kepincangan ini di kawasan yang mencetuskan perhatian kita. Adalah tidak menghairankan kalau kesilapan yang terjadi di Lembah Kelang itu berlaku juga di beberapa tempat lain.

Sudah menjadi satu amalan bahawasanya pegawai kerajaan tidak suka mencetuskan perkara yang mengejutkan. Semua pegawai tempat mengundi adalah pegawai kerajaan. Mereka ini selalunya sengaja memeram masalah kerana tidak mahu mencetuskan masalah. Adalah menghairankan juga kenapa pemimpin BN tidak mengisytiharkan kemenangan mereka dan memberitahu rakyat betapa mereka telah bijak memberikan peluang sekali lagi untuk BN berkuasa.

Sesungguhnya BN tidak sedar betapa para penyokongnya sudah lama mengengsot jauh daripada mereka. Imej Mr. Clean yang ditonjolkan oleh Paklah dan segala janji manis beliau masih belum mencukupi lagi. Kini para pengundi menyalahkan beliau terhadap segala kesilapan yang berlaku. Dia mesti memikirkan cara untuk mengembalikan ketokohan yang tercemar ini. Walaupun ni bermakna dia harus mengarahkan diadakan semula pilihan raya umum dengan SPR yang dipimpin oleh insan yang boleh dipercayai. Jika tidak, Paklah boleh menjangkakan lebih banyak masalah yang di luar jangkaannya.

MGG Pillai
pillai@streamyx.com
21.03.2004 - 7.06 malam - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal Terjermahan Artikel Global (TAG) ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk seketika)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN