Make your own free website on Tripod.com
 

UMNO Perosak Ekonomi Negeri Kedah
Oleh Tapai

UMNOlah sebenarnya perosak ekonomi Negeri Kedah yang mempunyai potensi berdaya maju dan meningkat dengan lebih baik. Terlalu banyak penyelewengan mereka jika hendak disenaraikan, tetapi antaranya adalah dalam soal-soal kewangan dan pembangunan yang sepatutnya memberi keuntungan kepada rakyat marhaen.

Mengikut data yang dikumpulkan oleh Saudara Saifudin dan Ir. Amiruddin dari sidang DUN Kedah, Amanah Saham Kedah di bawah PKB mengalami kerugian teruk. Rakyat membeli dengan harga RM1.00 seunit, kini tinggal 31 sen seunit. Syed Razak masih sapu elaun dari ASK tetapi tidak punya cadangan menjamin pelabur mendapatkan semula wang mereka seperti yang dibuat oleh Selangor. Kesian pada makcik dan pakcik yang telah gadai tanah semata-mata nak beli saham ASK yang dicanangkan oleh Syed Razak...akhirnya rugi teruk.

Khabarnya Pengurus Besar ASK (UMNO pekat dari Johor) yang bergaji RM15,000 (elaun pulak hampir RM10,000) pun tak mahu kontraknya disambung lagi, dia berjaya di tempat lain tetapi gagal di Kedah kerana Kedah katanya teruk dari segi ekonomi di bawah Syed Razak. Tidak ada pelaburan dalam negeri yang boleh menguntungkan dengan sikap UMNO yang mengawal, mengaut dan membalun semua peluang untuk tembolok masing-masing. Pendek kata semua keputusan dan urusan korporat Kedah hanya berdasarkan 'political decision'. Akibatnya cadangan pembangunan-pembangunan yang menguntungkan rakyat Kedah menjadi cacamarba dan sering terbantut. Saudara Saifuddin berjanji akan menggarap dan menyentuh beberapa isu berkaitan dalam siri kenyataan akhbar dan ceramahnya nanti.

Malah rumah-rumah kedai yang dibina oleh PKB akan 'diambil' oleh 'kaki-kaki lepak' UMNO secara percuma (booked saja tak payah bayar deposit) dan kemudiannya disewakan kepada Insaniah dengan harga yang tidak munasabah. Inilah yang banyak dilakukan oleh UMNO Kedah, tak hairanlah Kedah begitu tertekan ekonominya dengan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM1.7 juta. Kajian menunjukkan pelbagai potensi yang patut diberi keutamaan tetapi tidak dilaksanakan kerana mereka merebut peluang untuk perut masing-masing!! Perlaksanaan pembangunan juga tidak dapat dilaksanakan dengan pemimpin-pemimpin pembuat dasar yang bermentaliti dan berIQ rendah macam mereka sedangkan perlaksanaan perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lebih pandai dari mereka. Begitulah hapraknya sikap mereka dan rakusnya untuk mencengkam kuasa supaya boleh terus membalun harta rakyat!! Oleh itu rakyat tidak sepatutnya percaya dengan dakyah 'orang tidak sekolah' mereka yang menanamkan bahawa hanya BN boleh membawa pembangunan. Sebenarnya otak mereka tu tolol!!....sedangkan perlaksanaan dan kajian dibuat oleh pihak-pihak profesional dan pegawai-pegawai kerajaan yang bijak pandai. BA mempunyai berpuluh kali ganda bijak pandai dan profesional dalam bidang masing-masing berbanding UMNO-BN!!

Sebab itu kita lihat mereka bersungguh-sungguh melakukan apa saja untuk menang di PRU 2004. Perkhabaran yang kita terima, Syed Razak sudah mula panik dengan laporan SB tidak memihak kepada UMNO-BN Kedah dan sudah mengerahkan jentera UMNO bertemu tok-tok ayah (Geng 3 Calit ke??) untuk memperbetulkan keadaan. Semalam UMNO sudah mula keluarkan pelbagai jenis buku untuk diedarkan kepada rakyat marhaen siap dengan petua lagi menghentam PAS, khabarnya sampai satu trak!! Nak tanya nie.... sapa yang nak baca?? Ada pulak yang tebal-tebal, malah ada yang mengambilnya hanya untuk dibakar!!

Di Bandar Bharu, Kedah, ceramah Saudara Saifuddin dan TG Nik Aziz dikepung oleh 'topi merah' di sepanjang jalan hadapan markas. Saudara Saifuddin terpaksa menghabiskan masa hampir setengah jam 'menasihati' mereka dalam ceramahnya. Itulah tugas polis yang mesra rakyat, kalau ceramah BN, tak hendak pula polis nie 'mesra' dan hadir beramai-ramai, tapi kalau ceramah BN berpusu-pusu mereka datang 'untuk mendengar' ceramah!!

Semoga Kedah jatuh ke tangan BA dan sama-sama kita menggembleng tenaga ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

TAKBIR! 3X

Oleh Tapai - 19.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN